Ibu...
adalah wanita yang telah melahirkanku
merawatku
membesarkanku
mendidikku
hingga diriku telah dewasa
Ibu...
adalah wanita yang selalu siaga tatkala aku dalam buaian
tatkala kaki-kakiku belum kuat untuk berdiri
tatkala perutku terasa lapar dan haus
tatkala kuterbangun di waktu pagi, siang dan malam
Ibu...
adalah wanita yang penuh perhatian
bila aku sakit
bila aku terjatuh
bila aku menangis
bila aku kesepian
Ibu...
telah kupandang wajahmu diwaktu tidur
terdapat sinar yang penuh dengan keredhaan
terdapat sinar yang penuh dengan kesabaran
terdapat sinar yang penuh dengan kasih dan sayang
Ibu...
engkau menangis kerana aku
engkau sedih kerana aku
engkau menderita kerana aku
engkau kurus kerana aku
engkau korbankan segalanya untuk aku
Ibu...
jasamu tiada terbalas
jasamu tiada terbeli
jasamu tiada akhir
jasamu tiada tandingan
jasamu terlukis indah di dalam syurga
Ibu...
hanya do'a yang mampu kupersembahkan untukmu
kerana jasamu
tiada terbalas
Hanya tangisku sebagai saksi
atas rasa cintaku padamu
SAYANG IBU...atas rasa cintaku padamu